Sunday 15 January 2017

He's Gone For Real

031122016
Siapa sangka, someone yang pernah kita kenal dan berkawan dengannya telah pergi tinggalkan kita untuk selamanya. Sometimes rasa macam kisah aq dengan dy ni dah macam ngan drama. Selalunya benda ni jadi dalam tv je, dalam cerita-cerita melayu. Tapi pada tarikh keramat ni, benda yang tak aq duga dah jadi.
     Nak dikatakan story lah antara aq dgn dy ni start kat Wechat. At first, ada org nak add aq kat wechat. Lelaki. Okay, aq just accept sebab wechat aku pon baru lagi, xramai mmber. Time aq accept, dy terus ucap thanks.
     Mulanya mmg malas nak layan sbb x kenal kan. But lama-lama, dy cam selalu sgt chat aq. Lepas smnggu bru aq tau, best jugak chat ngan dy. Well, start from that time aq mula kawan dgn dy, Dgr kata dy anak tunggal, and family dy orang berada. Aq xkisah sgt sbb family aq pun xde lah miskin sgt. Sederhana jer. Hampir sebulan jugak lah aq kawan dgn dy and dy just bahasakan diri dy guna 'aku kau' jer. Mmg aq xleh tipu ah, dy bnyk buat aq happy even dalam chat. Klu selama ni aq chat ngan mana2 org, aq cpat bosan. But sincerely said, even sekecil kuman pun aq tak pernah rasa bosan bila chat dgn dy. Jujur, aq dh start suka dy. Dy pulak jenis suka mngata aq, suka bahan, suka gelakkan org. Hahahaa... teringat lak kenangan ngan dy. Selalu gak bertekak, tapi lepas sejam berbaik semula. Kenapa? Wei, dy penghibur aq kot! Mcm lah kau tak tahu hidup sbgai student university macam mana, mmg bleh sawan, gila kalau tak de penghibur. Dengan esaimen timbun2, kdg2 sakit selalu singgah kat aq. Hmmm, tapi asal ad dy je sakit aq cpat baik. Mmg bnyk org ckap ni cinta monyet je, sbb cinta dalam chat bkan cinta depan mata lah apa bagai. Well, itu cakap manusia. Aq xkesah sgt pon. Aq just suka cara dy layan aq, dy care pasal aq. Dgn aq yg still single ni, lagilah kan! hahaha. Tapikan, aq cam susah sgt nak cakap yg aq suka dy. Sbb aq tahu nnty msty dy gelakkan aq punya. Ye la, dy pun jenis suka buat lawak bodoh and suka main-main. Mana tak nye, malu aq nanty. So, aq simpan je dlu perasaan cinta ni. Kononnya.

However ....
    One day, aq ajak dy jumpa pada tarikh ni (3.12.2016) . Lagaknya sebab dy cakap nak ajak aq shopping. Time tu aq dah fikir mcm2. Dy dah la anak tunggal, mesti duit banyak! So aq tak tahu la setan apa yg masuk dlm badan aq ni sampai aq asyik teringat pasal duit je. Dy dah macam banker aq. Aq asyik fikir 'Brapa bnyk duit yg dy bawak?' 'Dy nak belikan aq brpa pasang baju?' 'Klu belikan aq kasut sekali aci tak?' 'Aku nak minta cincin berlian lah kat dy. Agak2 dy bagi tak?Sumpah aq cakap, aq mmg mcm x ingat dunia dah. Aq nak beli mcm2 bila jmpa dy nnty. So aq pun bersiap lpas zohor. (MACAM DLM CHATNak dijadikan cerita, aq dah bersiap cantik giler2 dah ni drpd zohor, tapi dy tak sampai-sampai hingga asar. 

   Okay, katakan lah jalan jem. Tu lah sbb dy lambat kan. Mana tak nye, dy drive sorang-sorang dari penang utk sampai ke UUM, sintok. Jauh kan? So, aq mmg kena sabar yakmat! Dgn rasa bahagia, x sabar nk jmpa dgn kekasih hati... aq bersabar je lah.
 Sabar sabar pun ada tahap jugak! Dah pukul 6 dah kot, agak-agak la. 4 jam aq tnggu , KAU RASE?

Mulanya aq dah marah2, dah la tak bleh nak call. Dy xpernah pun kasi aq nmbe fon dy. Chat aq dy xreply2. Mmg aq cuak habis lah. Allah je yg tahu mcm mana aq rasa. Sbb dh lama sangat aq tnggu. Aq tnggu kat surau, terus aq solat sbb mana tahu dy dh nak sampai kan? Aq cuba utk fikir positif, tapi susah wei. Susah! Macam2 bermain dlm fikiran aq. 'Mana dy?' 'Kenapa tak sampai lagi? Ada apa2 jadi ke?' Kat surau, mmg aq dah nangis2. Takut. Takut jadi apa-apa kat dy.

But suddenly, kuasa Allah... aq tergerak hati nk baca moment. Time tu aq dah balik hostel, baru sudah maghrib . Allahuakhbar~ Hati aq mcm remuk. Remuk sgt-sgt. :'(  Kenapa semua ni jadi kat dy? Air mata dah curah-curah dh. Aq xpercaya, aq chat jugak dy kat wechat. Tengok2 mmber dy yang reply. And this is not a jokes anymore. I repeat. This is not a jokes. Dy betul2 accident, and dy meninggal semasa ambulance otw hantar dy pergi hospital. Air mata aq tak payah tanya lah. Aq menangis habis2 malam tu. Klu bleh nak je aq terus kluar dari U mlam tu, pergi tgk jenazah dy. Aq nak jmpa dy doe, aq nak jmpa! Tapi apa aq dpat? Allah tak kasi aq jmpa dy.  

Mungkin ni lah balasannya utk aq. Terlalu fikirkan duit yang mmg segala-galanya utk dunia ni! Aq menyesal sangat. Tapi dah xguna beb, tak guna. Dy dah pergi. Bukan pergi utk sehari dua, atau sebulan dua... tapi untuk selama-lamanya. Even aq tak sempat nak beritahu dy yang aq dah jatuh cinta kat dy. :'( 
Ya, aq mmg berharap yang dy mungkin ditakdirkan utk aq sebab setiap maghrib aq baca doa bertemu jodoh. And Allah hantarkan dy utk aq. Tapi kawan2, Allah hantarkan dy sekejaaaaaaaap jer. Allah nak beritahu yang tak semua benda kat dunia ni kekal and Allah tak nak hambanya berharap pada manusia lebih daripada berharap pada-Nya. Banyak yang aq belajar lepas benda ni jadi. Hati aq dah tertutup, and berat sangat nak bukakan utk orang lain. Semoga Allah tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Setiap hari aq sedekah Al-Fatihah untuk kau, bae. 

"Dear K, I'm so sorry sayang. I love you. Love you a lot. I just can't forget you.. until now. I think I'm the one behind all of this from what had happened to you. I still can't accept the fact that you're gone. Everyday I patiently wait for your chat plus still waiting for you to come and take me at UUM. I know it will never happen, but I can't stop thinking of you bae." 


  
 Salam sayang
Hanani

Tuesday 29 November 2016

_29112016_

What I've learn today, teamwork is very powerful. What ever the game you play, no matter how hard you faced it, teamwork must be number 1. Salute to my team (Muamalat) for this meaningful winning. ^_^
#futsal
#runner-up